Malaysians Overseas 0

Malaysians Overseas - Right to Vote

2367 people have signed this petition. Add your name now!
Malaysians Overseas 0 Comments
2367 people have signed. Add your voice!
48%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

(This petition should be signed by Malaysian Citizens who are living overseas only - Petisyen ini hendaklah ditandatangani oleh Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara sahaja)


KEPADA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

PETISYEN daripada Warganegara-warganegara Malaysia yang bertandatangan di bawah ini, yang tinggal di luar negara,

DENGAN INI MENGISYTIHARKAN: -

BAHAWASANYA para Pemetisyen adalah mewakili lebih kurang sejuta Warganegara Malaysia dari pelbagai latar belakang, sama ada berkerja atau sebaliknya ataupun telah bersara, yang tinggal di luar Malaysia;

DAN BAHAWASANYA Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak mengundi bagi setiap Warganegara yang cukup umurnya, tinggal dan berdaftar di sesuatu kawasan mengundi atau berdaftar sebagai pengundi tak hadir menurut undang-undang pilihan raya;

DAN BAHAWASANYA Seksyen 15 Akta Pilihan Raya 1958 tiada membuat peruntukkan untuk pengundi tak hadir, akan tetapi telah memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menggubal peraturan dalam hal pendaftaran pengundi dan hal-hal yang berkaitan dengannya;

DAN BAHAWASANYA Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun menggubal Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang hanya membenarkan Warganegara yang merupakan anggota mana-mana Angkatan Tentera Malaysia, Komanwel atau negara lain, ataupun mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Persekutuan atau Negeri, ataupun pelajar di peringkat pendidikan tinggi di luar negara, ataupun pasangan kepada mana-mana antara mereka yang tersebut sebelumnya, agar mendaftar dan mengundi sebagai pengundi tak hadir;

DAN BAHAWASANYA Peraturan tersebut secara tidak adil dan tanpa sebab-sebab yang munasabah telah mendiskriminasi para Pemetisyen yang merupakan Warganegara Malaysia yang setia, yang telah dinafikan hak mengundi mereka yang merupakan suatu hak yang begitu berharga bagi setiap Warganegara.

MAKA DENGAN INI para Pemetisyen memanjatkan permohonan agar Suruhanjaya Pilihan Raya membuat barang pindaan terhadap Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 agar hak mengundi untuk setiap Warganegara Malaysia yang cukup umurnya adalah terjamin, tanpa diskriminasi atas sebab pekerjaan atau profesyen.

DAN PARA PEMETISYEN adalah seperti berikut:


TO THE ELECTION COMMISSION OF MALAYSIA

THE PETITION of the undersigned Citizens of Malaysia, being resident overseas,

DECLARES: -

THAT your Petitioners represent an estimated one million Malaysian Citizens of all backgrounds, working, retired or unemployed, who are resident outside Malaysia;

AND THAT Article 119 of the Federal Constitution grants the right to vote to all Citizens of full age resident and registered in a constituency or registered as absent voters in accordance with election laws;

AND THAT section 15 of the Elections Act 1958 makes no provision for absent voters but gives the Election Commission the power to make regulations for the registration of electors and for all matters incidental thereto;

AND THAT the Election Commission has, by the Election (Registration of Electors) Regulations 2002, provided that only Citizens who are members of the Armed Forces of the Federation or of another Commonwealth or foreign country, or of the public service of the Federation or of a State, or a full-time student in higher education, or the spouse of any of the above, living overseas, may register and vote as absent voters;

AND THAT the aforesaid Regulations discriminate unfairly and without reasonable grounds against your Petitioners, loyal Citizens of Malaysia, who are deprived of the right to vote, one of the most precious rights of the Citizen.

NOW THEREFORE your Petitioners request that the Election Commission amend the Elections (Registration of Electors) Regulations 2002 to guarantee the right to vote for all Malaysian Citizens of full age, without discrimination on the grounds of employment or profession.

AND YOUR PETITIONERS will remain, etc.:

Sponsor

MyOverseasVote

Links

Share for Success

Comment

2367

Signatures