Siti Fatima 0

Menyokong MP Kubang Pasu untuk Menyokong RUU 355

120 people have signed this petition. Add your name now!
Siti Fatima 0 Comments
120 people have signed. Add your voice!
24%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

MEMORANDUM

YB Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum Ahli Parlimen Kubang Pasu,

PETISYEN SOKONGAN

Terhadap Usul Pindaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (RUU 355)

Kami penduduk dan pengundi di kawasan Parlimen Kubang Pasu seperti penandatangan di dalam petisyen yang dilampirkan menyokong penuh usul pindaan yang dibawa oleh YB Marang di Parlimen bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) sebagai inisiatif memperkasakan sistem mahkamah Islam di negara kita.

Ini selaras dengan titah saranan Yang DiPertuan Agong ketika ucapan pembukaan Parlimen sesi yang lalu yang mahu melihat mahkamah syariah diperkasakan. Di kala ini, taraf institusi itu adalah lebih rendah daripada Mahkamah Seksyen, sedangkan Islam diperakui dalam perlembagaan sebagai agama persekutuan. Justeru itu, taraf Mahkamah Syariah mestilah dipertingkatkan.

Kami juga menginsafi akan peningkatan gejala sosial yang semakin serius yang melibatkan keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Kes-kes seperti penzinaan, anak luar nikah dan arak berlaku dalam kadar yang membimbangkan dan boleh meruntuhkan masyarakat. Peruntukan kuasa di bawah mahkamah syariah pada waktu ini terlalu lemah untuk membendung gejala-gejala ini. Sekiranya masyarakat Islam yang merangkumi lebih 60% populasi negara lemah dan runtuh, maka masa depan Malaysia tidak lagi terjamin.

Kejayaan usul pindaan di Parlimen ini memerlukan sokongan semua ahli parlimen Islam. Maka kami menyeru/ mendesak YB untuk memainkan peranan penting di dalam memberikan undian menyokong usul pindaan yang akan dibuat di parlimen sebagai usaha kaukus undi ahli-ahli parlimen Muslim.

Sebagai penduduk dan pengundi di kawasan parlimen YB, kami menjadi saksi terhadap undian YB di parlimen yang akan menjadi penentu kepada dorongan undian kami pada PRU ke 14 nanti.

Yang benar,

Penandatangan seperti dilampirkan.

Share for Success

Comment

120

Signatures