Nour Fariqatuzzahra 0

LPF - Kembalikan babak potong KL ZOMBI !!!

86 people have signed this petition. Add your name now!
Nour Fariqatuzzahra 0 Comments
86 people have signed. Add your voice!
1%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

Jika anda peminat BUKU FIXI, tentu anda tahu novel Zombijaya karya Adib Zaini. Novel tersebut akan diadaptasi ke layar perak oleh syarikat penerbitan dan pengedaran filem terbesar negara, Grand Brilliance dan akan diterbitkan dibawah anak syarikatnya, Lightbulb Pictures. Filem KL Zombie diarahkan oleh Woo Ming Jin dan skripnya masih mengekalkan Adib Zaini yang juga penulis asal novel Zombijaya.Filem KL Zombie menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani. ------------------ Sinopsis : Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. Dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear. Tamat Sinopsis ------------------ Trailer dan info lanjut : http://bloody-disgusting.com/news/3237610/trailer-for-malaysian-zombedy-kl-zombi/ https://www.facebook.com/KLzombie ------------------ Bakal ditayang pada Ogos 2013, namun terdapat beberapa babak yang telah dipotong oleh LPF dengan alasan ianya terlalu ganas untuk dipertonton pada khalayak umum. Cuba kalian bayangkan wayang zombi tanpa babak gigitan zombi. Bagaimanakah kesan wayang ini nanti? Adakah kalian mahu LPF sekali lagi menghalang wayang keluaran negara hanya sekadar mendapat respons 'Okay, bolehlah kalau tak tonton pun takpa, tunggu kat Astro pun akan ditayang nanti'? Petisyen ini akan dihantar secara e-mail dan rantaian kepada LPF pada 4 Ogos 2013. Jika kalian rasa LPF patut kembalikan babak potong itu ke tayangan wayang KL Zombi, mohon turunkan tandatangan kalian di bawah. Jasa kalian sangat dihargai. P/S : Sebar pada semua!

Share for Success

Comment

86

Signatures