Projek Dialog 0

KATAKAN TIDAK PADA RASISME!

Show your support by signing this petition now
Projek Dialog 0 Comments
0 people have signed. Add your voice!
0%

test123

Mengiktiraf bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai ciri sejarah yang kaya dengan nilai kepelbagaian kaum, agama dan budaya yang harmoni, kami:

  • bimbang terhadap meningkatnya sentimen ras, kaum dan bangsa dalam arena politik Malaysia,
  • gelisah dengan kadar tumpuan positif yang diberikan kepada perspektif rasis oleh akhbar media,
  • tertekan dengan kemunculan pertubuhan eksklusif rasis ultra-nasionalis yang menyamar sebagai pejuang bangsa,
  • risau terhadap penyalahgunaan agama yang memberi alas an untuk amalan rasis dan politik anti-demokrasi,
  • kecewa dengan penindasan yang berterusan ke atas kelompok minoriti di atas nama agama,
  • sedih terhadap ketiadaan konsepsi yang inklusif dalam penakrifan identiti rakyat Malaysia
  • prihatin terhadap tiadanya usaha yang jitu untuk menghasilkan satu wacana yang kritis, ilmiah dan bermakna ke arah membahas nilai kepelbagaian rakyat Malaysia yang berbilang budaya, agama dan kepercayaan,
  • Dan menyedari bahawa sungguhpun terdapat perbezaan yang nyata antara budaya yang pelbagai di Malaysia, namun nilai keamanan, toleransi, tolak ansur, kefahaman dan pengiktirafan cara hidup antara satu sama lain merupakan langkah pertama yang diperlukan bagi mencapai matlamat yang lebih besar ke arah membangunkan potensi Malaysia sebagai sebuah demokrasi yang sihat.

Oleh itu, kami, penama di bawah, menuntut supaya amalan politik rasis di Malaysia dihapuskan melalui langkah berikut:

  1. Hentikan politik rasis.
  2. Hentikan eksploitasi media di Malaysia untuk menyebar agenda rasis.
  3. Hentikan penyalahgunaan agama untuk mengabsahkan politik rasis.
  4. Hentikan penindasan terhadap kelompok minoriti agama.
  5. Bebaskan semua tahanan di bawah akta-akta kejam yang dikerah bersandarkan alasan untuk menjamin keselamatan negara dan keamanan antara kaum.
  6. Berdialog ke arah menggagaskan prospek keamanan yang diperlukan untuk mendirikan Malaysia yang majmuk dan lebih inklusif untuk semua.
  7. Kami juga mendesak supaya kerajaan Malaysia meratifikasi ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination ataupun Persetujuan Antarabangsa Untuk Menhapuskan Segala Jenis Diskriminasi Rasial) untuk menunjukkan keazaman mereka dalam melawan rasisme dan membina satu Malaysia yang inklusif.

Semua manusia terikat dengan nilai kemanusiaan yang sejagat. Justeru kami menyeru semua kumpulan, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan pelajar, parti politik dan individu yang menaruh keyakinan terhadap Malaysia yang inklusif untuk mendukung pesan solidariti ini.


English:

THE PROJEK DIALOG DECLARATION ON NATIONAL SOLIDARITY: “SAY NO TO RACISM!”

Recognizing that Malaysia is a nation with a rich history of multiethnic, multireligious and multicultural harmony and coexistence, we are:

  • alarmed at the rise of communal and racist sentiments in Malaysian politics,
  • troubled at the rate of positive attention given to racist perspectives by the news media,
  • distressed at the emergence of exclusive ethnocentric ultra-nationalist organizations masquerading as patriots,
  • disturbed at the abuse of religion to legitimize racist and anti-democratic politics,
  • dismayed at the continuous persecution of religious minorities,
  • saddened by the continued absence of an inclusive conception of Malaysian identity,
  • concerned about the lack of sustained attempts to foster real and meaningful conversations about diversity across Malaysians of varying cultures, religions and beliefs,

And acknowledging that despite the real differences that may stand between Malaysia’s many cultures, the values of peace, tolerance, understanding, appreciation and recognition of each other’s way of life is a necessary first step to attain the larger goal of making Malaysia a truly flourishing democracy.

Therefore, we, the undersigned, demand an end to racism in Malaysia via the following:

  1. End racist politics.
  2. End the political and racial exploitation of Malaysian news media to promote racist agendas. The promotion of racism contradicts media freedom.
  3. End the abuse of religion to legitimize racism.
  4. End the persecutions of religious minorities.
  5. Release all detainees held unjustly under draconian measures that are put in place on the false basis of national security and inter-communal peace.
  6. Dialogue towards envisioning a peaceful and more inclusive Malaysia for all.
  7. Last but not least we call for the Malaysian government to ratify ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) to show their seriousness in combating racism and building a more inclusive Malaysia.

All human beings are bound together by a common humanity. We thus call upon all groups, non-governmental organizations, student organizations, political parties and individuals who envision an

inclusive Malaysia to endorse this message of solidarity.

Links

Share for Success

Comment

Signature

No signatures yet. Be the first one!