amirol ahmad 0

Gaji JTK FT17 berkelulusan Sijil & DIPLOMA selain Elektronik (Komputer) perlu diberi PERHATIAN!!!

737 people have signed this petition. Add your name now!
amirol ahmad 0 Comments
737 people have signed. Add your voice!
74%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

Terpanggil saya untuk mewakili rakan Juruteknik Komputer mengutarakan cadangan bagi menaikkan taraf dan membela nasib sejumlah kakitangan awam yang menjawat jawatan Juruteknik. Seperti sedia maklum. Kelayakkan untuk menjawat jawatan Juruteknik adalah memiliki sijil dari politeknik atau sijil dari institusi yang di iktiraf oleh JPA. Selain itu hendaklah lulus Sijil Pelajaran Malaysia mengikut kelayakkan yang ditetapkan. Maka gaji permulaan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007 untuk Juruteknik yang memenuhi syarat adalah pada tangga P1T9 RM 1254.50. Sepatutnya Juruteknik yang mempunyai sijil berkaitan IT atau DIPLOMA dalam bidang perkomputeran, selain Elektronik (Komputer) sewajarnya menerima faedah yang sama dengan Juruteknik Elektronik (Komputer), di mana kadar gaji adalah sama. Ini berdasarkan fail meja dan tugasan yang tetap sama selagi bergelar Juruteknik Komputer. Ada yang mempunyai sijil dan diploma yang berkaitan, tetapi menerima gaji pada tangga P1T1. Cuba bayangkan bagaimana susah payah belajar selama bertahun-tahun jika bayaran gaji hanya sejumlah atau setaraf SPM. Adakah perlu kami belajar tinggi tapi gaji SPM? Apa yang hendak di nyatakan di sini, bagaimana gaji matrik Juruteknik Komputer dan Juruteknik harus bermula dari P1T1 iaitu RM 843.06, gaji mengikut Sijil Pelajaran Malaysia. Padahal, majoriti Juruteknik memiliki sijil dan ada juga yang memiliki diploma. Untuk memasuki IPT, syarat utama adalah memenuhi syarat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu tidak relevan gaji matrik Juruteknik bermula sama dengan gaji SPM. Apa yang hendak saya pohon, agar pihak JPA dapat menyelaraskan tangga gaji matrik Juruteknik Komputer dan Juruteknik. Seperti contoh, gaji permulaan pada tangga gaji P1T1 adalah RM 1254.50 bersamaan tangga gaji P1T8 sekarang ini dan bagi yang mempunyai diploma gaji permulaan RM 1526.77 pada tangga gaji P1T7 bersamaan P1T14 tangga gaji sekarang. Selain itu, bagi gred jawatan Juruteknik Komputer FT17 harus ditukar kepada gred lain, sejajar dengan kelayakkan Juruteknik. Seperti contoh jawatan yang telah dinaik taraf oleh JPA, Setiausaha dari gred N17 ke gred N27, Penolong Pegawai Tanah yang asalnya NT17 ke NT27 dan Pembantu Makmal dari C17 ke C27. Penjumudan Skim Perkhidamatan Pembantu Tadbir Rendah dan Operator Mesin Prosesan Data Serta Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2009. Oleh demikian, tiada sebab kenapa Jawatan Juruteknik tidak boleh diselaraskan dan dinilai kembali sejajar dengan jawatan lain yang telah dinaikkan. Oleh itu, diharap pihak JPA dapat mempertimbangkan suara Juruteknik FT17. Suara perpaduan kami semua.

Links

Share for Success

Comment

737

Signatures