Muhammad Salman Mat Hussin 0

Elaun Sara Hidup untuk pelajar tahun akhir tajaan JPA di Kanada

Show your support by signing this petition now
Muhammad Salman Mat Hussin 0 Comments
2 people have signed. Add your voice!
1%
Maxine K. signed just now
Adam B. signed just now

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya mewakili semua pelajar-pelajar tahun akhir di Kanada menulis surat ini adalah untuk memberitahu pihak tuan bahawa, kami membantah tindakan JPA menyekat dan membantalkan elaun sara hidup kami pada bulan 5 dan 6. 1) Untuk makluman pihak tuan, kami diberitahu lambat mengenai hal ini. Jadi elaun yang kami terima yang lepas telah pun kami belanjakan dan hanya tinggal untuk menampung sara hidup sehingga bulan 4 sahaja. Kami diberitahu bahawa Jpa akan masuk selepas ini untuk sebulan sahaja, tetapi kami semua akan bergraduasi pada bulan 6. Kami harus menunggu sehingga bulan 6 dan memerlukan duit untuk bulan 5 dan 6. Kami semua sangatlah berharap dapat tinggal disini dan mempunyai elaun yang cukup sehingga bulan 6 kerana setelah berhempas pulas belajar dan menelaah pelajaran disini selama 4 tahun tentunya kami semua ingin bergraduasi memakai jubah konvokesyen seperti pelajar2 tahun lepas juga. 2) Pada bulan 5 dan 6 kami juga harus settle down untuk pelbagai urusan selain dari sewa rumah dan kos untuk makan. Tentunya kami, pelajar peljar tahun akhir akan membawa banyak barang2 ke Malaysia seperti pelajar tahun lepas yang sudah tamat belajar disini. Mereka juga menggunakan khidmat kargo untuk membawa pulang buku-buku dan barang-barang rumah yang lain. Ini akan memakan kos yang tinggi dan banyak. Semasa kami datang ke sini, JPA telah memberi elaun untuk settle down seperti membeli alatan2 kelengkapan rumah dan sebagainya, jadi kami berharap agar Jpa dapat memberi elaun yang sama untuk kami menguruskan perkara temasuk urusan bil-bil air, elektrik, kargo, makan dan terutama sekali kos sewa rumah untuk 2 bulan itu. Terdapat beberapa pelajar yang telah pun tandatangan kontrak dengan tuan rumah masing-masing untuk sewa sehingga bulan 6. Mereka boleh dikenakan tindakan makhamah jika pulang ke malaysia pada bulan 4 dan melanggar kontrak itu. 3) Jikalau pihak tuan ingin membuat perubahan seperti ini, wajarlah sekiranya pihak tuan membuat atau apply dasar baru ini kepada pelajar yang akan graduate tahun hadapan (pelajar selepas kami) Ini kerana, pelajar akan dapat merancang dan menggunakan duit dengan berhemah membuat bajet dari awal untuk menampung kos sara hidup pada bulan 5 dan 6. Tetapi oleh kerana kami telah diberitahu lambat, kami tiada duit untuk menyara hidup sehingga bulan 6 itu. Tambahan pula, kos sara hidup di Kanada telah pun meningkat dan selama ini kami telah pun berjimat cermat seboleh yang mungkin bagi meneruskan hidup di sini. Kami sangat berharap agar JPA dapat memberikan elaun elaun bulan 5 dan 6 untuk kami tunggu ke majlis graduasi itu supaya masalah2 di atas tidak timbul lagi. Kerjasama pihak tuan sangatlah kami hargai. Sekian.Terima Kasih Yang Benar, Pelajar- pelajar tahun akhir di Kanada.

Share for Success

Comment

2

Signatures