PETISYEN AHLI UMNO

Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen. Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad,- Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini; Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini. Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah. 10 sebab utama Abdullah perlu berundur ialah: 1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku: a. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi b. Kenaikan tol yang sangat drastik, c. Kenaikan kadar faedah asas (BLR), d. kenaikan kos sara hidup - elektrik, cukai pintu dan air. e. Kenaikan harga barang 2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti: a. Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa. b. Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura c. Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura d. Gagal memimpin OIC 3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan: a. Membimbangkan masyarakat bukan Islam. b. Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia. 4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang: a. Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit. b. membenarkan "media bashing" terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian. c. Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit d. Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti -I dont Know, i

Sponsor

Petisyen ini hanya terbuka kepada Ahli UMNO. Nama sebenar dan nombor keahlian serta nombor telefon akan diperlukan bagi membolehkan petisyen ini dianggap sah dan relevan. Sila emelkan butiran tersebut kepada demokrasimalaysia@yahoo.com. Manakala untuk makluman dalam petition ini sila tulis nama penuh, nombor ahli dan cawangan serta bahagian.

Links

www.mykmu.net

Discussion

No comments yet.

join the discussion

Recent signatures

  • username

    aleq, Malaysia

    6 years ago Comments: saya ahli UMNO no. 03696437 berpendapat Pak Lah sbg Presiden UMNO failed sesangat-sangat ... tolong resign dengan SEGERA.
  • username

    Padiyappa, Malaysia

    6 years ago Comments: Saya cadangkan gandi aje Pak Lah dengan Anwar Ibrahim atau Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Haji Hadi kan lebih barakah hidup rakyat. Insyaallah. UMNO dah tak relevan dahhhh. TUN Padiyappa pun sudah mahu lariiiii. Takut kah. Memang auta betul Padiyappa kali ini. Keh Keh Keh. Pergi balik Kerala lahhhh. Pi gi dah.
  • username

    hazmee, Malaysia

    6 years ago
See more

Petition highlights

There are no highlights yet.