MEMOHON MEMPERTIMBANG SEMULA PEMBERIAN LESEN JUALAN RUNCIT PETROL (BERHADAPAN PINTU MASUK UUM, SINTOK)
Saya, mahasiswa/mahasiswi Universiti Utara Malaysia,
menandatangani petisyen bagi menyokong pembaharuan semula lesen runcit
penjualan runcit Petrol
(RON 95) oleh Has & Has Enterprise.
Umum sedia maklum, mukim Sintok terletak lebih kurang 10KM
-15KM daripada Pekan Changloon. Sedemikian dari itu, stesen pam minyak yang
terdekat selain daripada pam minyak yang berhadapan Pintu Masuk UUM, Sintok
adalah lebih kurang 10KM daripada Sintok.
Saya memohon supaya pihak berkuasa yang terbabit untuk menimbangkan semula pemberian lesen runcit penjualan runcit Petrol (RON 95) kepada premis Has & Has Enterprise
Hal ini demikian kerana, ianya jelas merupakan satu perkhidmatan yang amat diperlukan oleh warga di sekitar Sintok ini yang terdiri daripada institusi pendidikan seperti Akademi Binaan Malaysia dan khususnya warga kampus Universiti Utara Malaysia yang menggunakan kenderaan.
Sebarang tindakan yang bakal dilakukan kelak, diharapkan akhirnya dapat menjaga kebajikan masyarakat keseluruhannya.
Tengku Faisal Bin Tengku Arifin
=====================================
Pengerusi Petisyen,
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia.
HP.: 019-5461145
E-MEL: faixality@student.uum.edu.my
Comment